Mimpi Pari

"The two hardest tests on the spiritual road are the patience to wait for the right moment and the courage not to be disappointed with what we encounter"

Name:
Location: Malaysia

Wednesday, March 01, 2006

Untuk Mesraku - A. Samad Said

Di dalam hati melimpah rasa
ada sayang untukmu, mesraku.
Rasalah kemesraan suara manja
merayap lembut memeluk kalbumu

Di seberang selat sayangku ada,
terlalu manja mendalam rasanya.
Sakti apa, ya, ada padamu
membawa manja rindumu selalu

Pada bintang menggetar tenang
selalu benar kutumpang tanya:
"Rindukah dara padaku sorang
kelana hiba di rimba lara?"

Kadang bintang mengejek padaku
dan lokek pula memberi jawapan
lalu luluhlah harapan kalbu
sepilah, hampalah dan laralah badan!

Kadang bintang bertimbang rasa
disela senyum lekas dijawabnya:
"Usahlah susah duhai teruna
kasih si dara padamu sahaja!"

Khabar manakah yang padat benar
kasihkah, mesraku, atau bencikah?
Di seluruh jiwa bimbang menjalar
dalam merindu jawapannya.


Singapura
11 Ogos 1955

*****************************************************************

Pak Samad - 50+ years later, the meaning in your work is still timeless.

4 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Ha ha ha. Jiwangsssss...

7:09 PM  
Blogger Stingrayz said...

Enon:

Takde ah. Menghayati puisi je. Sapa lagi nak sayang budaya kita, kan? :)

12:24 AM  
Anonymous Anonymous said...

Wah, dah sangkut lagi dengan org Temasek ;) Just don't give up on this one aight?

8:53 PM  
Blogger Stingrayz said...

Voice:

Orang Temasek? No-lah. Where did you get that idea from? Haha!

Give up? Read my next posting, girl. ;)

6:31 PM  

Post a Comment

<< Home